~ aku baru perasan aku bergambar di pokok yg sama dgn gambar pd [14/3/09] [klik sini] kelakar plak [hehe]..
:::
Pada [21/11/2009] aku mendaki lagi
Gunung Arong di
Tanjung Resang, Mersing, Johor
::: bersama-sama sahabat baik aku & kumpulan pendaki yang lain. Kali ni kami diiringi oleh
::: beberapa orang renjer Hutan Simpan Johor. Gunung Arong semakin lama semakin dikenali
::: ramai terutama kepada penggemar rekreasi hutan & pendakian. Krn itu pihak renjer telah
::: mengambil langkah proaktif utk memelihara & melindungi hutan simpan ini daripada rosak
::: dijelajahi oleh orang ramai. Antara sebab pihak renjer sukar utk membuat kawasan Gunung
::: Arong ini sebuah kawasan rekreasi adalah kerana byk kawasan sekelilingnya telah dimiliki
::: oleh orang kampung secara tidak sah iaitu memiliki tanah tanpa didaftarkan kepada pihak
::: negeri Johor, menyukarkan lagi kerja-kerja pemuliharaan & rekreasi dibuat.. Ketinggian
::: Gunung Arong adalah 120m [ada juga dicatat lebih 200m] jauh lebih rendah berbanding
::: Gunung Ledang 1276m, Gunung Belumut 1010m, Gunung Pulai 600m & Gunung Lambak
::: 510m semuanya gunung2 terkenal di Johor. Aku tak pasti berapakah tahap ketinggian
::: sesebuah kawasan yg boleh digelar sebagai sebuah gunung. Apa yg pasti pemandangan di
::: puncak Gunung Arong adalah yg paling indah berbanding gunung-gunung lain di Johor.
::: Pemandangan yang menghadap Laut China Selatan & pulau-pulau kecil mmg
spectacular
::: &
breathtaking.. Lebih menarik lagi di puncaknya terdapat byk tempat2 [
spot] utk para
::: pendaki lebih jelas melihat pemandangan di bwh. Cuma baru2 ini tempat2 tersebut telah
::: ditutup oleh pihak renjer buat sementara waktu utk mereka membina pagar keselamatan
::: memandangkan tempat2 itu terletak di tepian gaung yg curam & membahaya. Sptmana yg
::: telah di
sealkan dgn
yellow tape dlm gambar. Yep, aku bernasib baik pada pendakian yang
::: lepas [14/3/2009] dapat juga aku melihat pemandangan dari
spot tersebut.
:::
Gambar pertama tuh aku ler [hehehe] macam biasa
posing sikit semasa dalam pendakian.
::: Gambar kedua adalah himpunan kolaj semasa dlm perjalanan ke Gunung Arong yg tidak jauh
::: dari tempat penginapan kami,
Resang Indah Chalet. Kami melalui kwsn kampung & di kaki
::: gunung terdpt sebuah air terjun yg sedang dlm pembinaan utk dijadikan tmpt mandi-manda
::: beserta dgn kemudahan asas. Gambar ketiga semasa aku & sahabat aku mandi laut di pantai
::: Tanjung Resang [huhu] siap melompat lagi [hehe].. pantainya sgt landai, menghadap pulau2
::: kecil yg cantik & kalau surut memang jauh nak menapak. Gambar ketiga pula ketika kami di
::: puncak Gunung Arong. Agak sesak sedikit kerana jumlah pendaki yg ramai, tempatnya juga
::: kecil & dipenuhi pokok. Tadi aku cerita, ada
spot yg lebih
best utk melihat pemandangan
::: tetapi telah ditutup buat sementara. Jadi tak byk gambar pemandangan dapat aku rakam.
::: Aku bernasib baik dpt rakam seekor
lipan yg berbentuk ganjil..
awesome! [huhu].. Gambar
::: keempat yang terakhir itu adalah gambar lama semasa pendakian yg lalu yang menunjukkan
::: pemandangan indah di
spot yg dahulunya boleh didaki. Paling
best tentang Gunung Arong ini
::: adalah tidak terlalu tinggi maka boleh didaki oleh semua peringkat umur walaubgmnpun di
::: kawasan yg telah ditutup itu, laluannya agak mencabar kerana terdapat gaung yg curam;
::: pemandangan di puncak begitu cantik menghadap laut & pulau; pantai Tanjung Resang &
:::
Teluk Gorek/Godek memang best utk mandi-manda; & bandar Mersing & Taman Negara
::: Endau Rompin tidak jauh dari tempat ini.
Well, enjoy climbing & be careful always, safety first!
::: utk info pendakian klik Gunung Arong part I atau klik pada perkataan berwarna & labels/tags 


