Friday, March 20, 2009

Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

[6-Apr-2007]

::: Aku & rakan2 telah pergi ke Kota Tinggi utk menjejaki sejarah bandar ini
::: terutama makam2 bersejarah: Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang,
::: Makam Laksamana Bentan & Makam Tun Habib Abdul Majid..

::: Sultan Mahmud Shah II [1685-1699] mangkat ketika dijulang dgn tandu yg dinaiki
::: ketika baginda dlm perjalanan ke masjid utk menunaikan solat Jumaat.. diceritakan
::: Laksamana Bentan telah meghalang perjalanan baginda dgn berkata "Raja adil raja
::: disembah! Raja zalim raja disanggah!" lalu menikam baginda.. walopon terkena
::: tikaman, baginda sempat mencampakkan kerisnya ke kaki Laksamana Bentan &
::: bersumpah "7 keturunan Laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi"
::: kemudian baginda mangkat & Laksamana Bentan pula tiba-tiba memuntahkan darah
::: lalu meninggal dunia..

::: Dendam kesumat Laksamana Bentan berpunca drpd kematian isterinya, Dang Anum
::: oleh baginda Sultan yg mengetahui hal isterinya memakan buah nangka taman Diraja
::: lalu membunuh Dang Anum dgn membelah perutnya yg sarat mengandung.. persoalan
::: mengapa Sultan Mahmud terlalu kejam, bolehlah rujuk di Tufat al-Nafis.. karya
::: pengarang Raja Ali Haji [pemerintah Bugis, Johor-Riau dahulu kala]

::: Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi Sultan ketika berusia 10 tahun & mangkat
::: ketika berusia 24 tahun.. Jangan konpius yee, Sultan Mahmud Shah II bukanlah Sultan
::: Mahmud yg cuba meminang Puteri Gunung Ledang tuh.. Itu adalah moyang baginda..
::: iaitu Sultan Mahmud Shah I [1488-1528] Sultan Melaka terakhir & Sultan Johor Pertama..

::: Tun Habib Abdul Majid adalah Bendahara Seri Maharaja, Johor [1688-1697] merupakan
::: cucu kpd Tun Sri Lanang & bapa kpd Sultan Zainal Abidin I [Sultan Terengganu Pertama]
::: & Tun Abdul Jalil [Bendahara Johor selepas Tun Habib] yg kemudian menabalkan dirinya
::: sbg Sultan Abdul Jalil IV [Sultan Johor 1699-1719] setelah Sultan Mahmud Shah II
::: mangkat tanpa waris.. & sehingga kini keturunan Sultan Melaka telah diwarisi oleh
::: Sultan Perak yg diperintah oleh Sultan Mudzaffar Shah I, Sultan Perak Pertama,
::: anak kpd Sultan Mahmud Shah I..

::: Utk maklumat lanjut, bolehlah klik di perkataan2 bergaris.. & berikut adalah
::: laman web yg boleh dirujuk: Salasilah Kesultanan Johor & peta Kota Tinggi..

~ Wallahualam Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui

::: complete FP pictures: http://reactivatezul.fotopages.com/?entry=1126912

Makam-Sultan-Mahmud-Mangkat-Dijulang
nama-beliau-sebenarnya-Megat-Seri-Rama
menjadi-Bendahara-Seri-Maharaja-Johor-1688-1697
::: [08/04/2007] Hari Keputeraan Sultan Johor ke-24

No comments:

Post a Comment

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!