[2-May-2007]
::: Satu lagi tapak bersejarah Kesultanan Johor terletak 27km dari Kota Tinggi
::: di Telok Sengat iaitu Kota Johor Lama.. sebelum wujudnya Johor Bahru, pusat
::: bandar baru, Johor Lama adalah pusat kekuasaan pentadbiran Kerajaan Johor..
::: Johor Lama mula-mula dibuka di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat
::: Shah II [Sultan Johor ke-2, 1528-1564] pada tahun 1540.. lokasinya yg sangat
::: strategik berhampiran dgn Sungai Johor, satu pembinaan yg bijak dgn sistem
::: pertahanan semulajadi, hutan bakau & batu bata yg dijadikan dinding kota utk
::: meninjau keluar masuk kapal dagang & pihak musuh.. Johor Lama telah diserang
::: oleh tentera Kesultanan Acheh.. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan
::: dibawa ke Acheh dan dibunuh di sana disebut "Marhum Syahid di Acheh"
::: Kemudian dibuka semula oleh Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II [Sultan Johor
::: ke-5, 1571-1597] pada tahun 1573.. & baginda bersahabat baik dgn Kerajaan
::: Acheh utk bergabung melawan Portugis.. pada tahun 1576 dan 1578 Portugis
::: menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan.. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul
::: Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka..
::: pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha
::: ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta benda.. pada tahun
::: 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut
::: "Marhum Batu Sawar"
::: Jika kita melawat Kota Johor Lama ini, kita masih boleh melihat tinggalan tapak
::: bersejarah walaupon tidaklah semegah seperti zaman dahulu kala.. dikelilingi dgn
::: dinding batu bata yg kini ditimbusi dgn tanah & rumput antara 10-25 kaki tinggi..
::: 2 makam yg boleh didapati di tapak ini [batu nesan berkain kuning] & di luar tapak
::: Kota Johor Lama yg dipercayai ada kaitan kuat dgn sejarah Johor Lama berdasarkan
::: tarikh pada batu nesan pada kurun ke-16 iaitu Temenggung Johor / Makam Bidan
::: Utk maklumat lanjut, bolehlah klik di perkataan2 bergaris.. berikut adalah laman2
::: web yg boleh dirujuk: Sejarah Kesultanan Johor & peta Kota Johor Lama..
~ Wallahualam ~ Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui
::: complete FP pictures: http://reactivatezul.fotopages.com/?entry=1151808
:: seberang sana adalah area rumah aku.. sebuah jambatan sedang dibina bagi menghubungkan JB - Desaru
::: yg sebelum ini sejauh 95km & akan menjadi lebih kurang 10km shj [dari area rumah aku leer] beshh..
datang la mancing kat telok sengat. best gak tu.. huhuhu
ReplyDeletesalam bro.. me pun dh sampai sini :
ReplyDeleteKOTA JOHOR LAMA
kota johor lama ni teluk sengat punyer ker kampung johor lama punyer....
ReplyDelete