::: Di pinggir bandaraya Johor Bahru, Kampung Senibong adalah salah satu destinasi makanan laut yang
::: terkenal di kalangan masyarakat setempat dan Singapura. Daripada aku mula-mula bekerja di Johor ini,
::: sehinggalah sekarang Senibong sentiasa penuh dengan kehadiran pengunjung terutama sekali pada waktu
::: malam hingga dinihari. Dahulu Senibong pada pandangan aku, agak kurang bersih, tapi pada hari ini pihak
::: jawatankuasa kampung telah memainkan langkah yang positif menjaga kebersihan malah tempat meletak
::: kenderaan juga telah diurus dengan baik. Pengunjung yang ingin ke sini, perlulah membayar RM2.00 untuk
::: parkir kenderaan. Restoran 'terapung' di Senibong juga bertambah cantik dengan dekorasi bumbung yang
::: yang menarik, lampu berwarna-warni dan ruang makan yang luas menghadap Selat Tebrau.
::: Dahulu, restoran yang terkenal, Restoran Makan Indah Selalu Nasi Lemak terletak agak ketengah ke
::: laut [huhu] teringat pula aku cerita P. Ramlee 'Pendekar Bujang Lapok' begitulah bentuk restoran tersebut.
::: Tapi kini, semua restoran telah disusun serata dan restoran yang mula-mula pengunjung nampak selepas
::: tempat parkir ialah Restoran Selera Senibong Seafood diikuti dengan deretan restoran makanan laut yang
::: lain hingga ke penghujung jambatan kayu, satu-satunya yang menghubungkan kampung ke seberang.
::: Selain itu, terdapat juga restoran yang agak privasi untuk pengunjung seperti Senibong Seafood Village.
::: Seperti di Kong Kong Laut dan Pasir Putih, pemandangan Senibong sangat cantik ketika waktu malam
::: iaitu cahaya lampu dari Singapura, bandaraya JB, kapal kecil, bot dan rumah kelong 'fish farms'.
~