Wednesday, July 28, 2010

Universal Studios Singapore

Universal Studios, Singapore

::: Salam semua, alhamdulillah aku okay, harap rakan-rakan bloggers dan pengunjung blog ini pun begitu..
::: Last entry macam 'emo' jer kan? [hehehe] aku bosan sangat kot.. lagipun aku tak ada idea nak upload
::: cerita yang sesuai dengan gambar kat laut tuh [huhu], jadi untuk menenangkan minda aku yang berserabut
::: nih, aku jalan-jalan ke Universal Studios Singapore pada [24/7/2010] memang best! Dapatlah juga aku
::: jejak kaki ke tempat sebegini canggih yang sebelum ini masa kecil-kecil selalu berangan nak ke taman
::: tema fantasi seperti Disneyland.. ini dah kira bertuahlah nih.. Macam biasalah kalau nak ke Singapura
::: melalui jalan darat, kenalah bertolak seawal yang mungkin, memandangkan trafik keluar masuk antara 2
::: negara ini memang sibuk. Beratur di CIQ Singapura sangatlah lama.. Nak cepat masuk, cuba di Second
::: Link. Aku tiba di CIQ Singapura jam 8.00 pagi dan tiba di Universal Studios jam 11.00 tengah hari!! 
::: 3 jam tuh kalau memandu kereta dari JB boleh sampai ke Seremban dah [huhu]..

Universal Studios - Entrance

::: Untuk pengetahuan, tiket masuk ke tempat ini pada hari Sabtu/Ahad berharga S$72 untuk orang dewasa
::: dan untuk hari Isnin-Jumaat berharga S$66. Aku beli tiket daripada Executive Travel & Tours Sdn Bhd,
::: dan mereka boleh dapatkan tiket berharga S$66 untuk hari Sabtu/Ahad. Kalau nilai ringgit Malaysia, lebih
::: kurang RM154. Dengan pembelian satu tiket tersebut, membolehkan kita menjelajah mana-mana jenis
::: permainan dan bangunan di Universal Studios: Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World,
::: Ancient Egypt, Sci-Fi City & New York [laluan arah jam]. Dengan tiket tersebut juga merangkumi baucer
::: makanan dan runcit [food & retail] bernilai S$5 setiap satu, ambil di kaunter sebelah kiri Universal Studios
::: Store di pintu masuk Universal Studios. Sesiapa yang beli tiket VIP Tour, pengunjung tidak perlu beratur
::: panjang untuk memasuki tempat-tempat tersebut. Harga tiket, aku tak pasti.. Apa-apapun bolehlah rujuk
::: di laman web ini: klik untuk [ tiket ] dan [ peta ].

Universal Studios - Hollywood 1
Universal Studios - Hollywood 2

::: Taman tema pertama yang mula-mula pengunjung akan jumpa ialah Hollywood diadaptasikan daripada
::: Hollywood Boulevard di California, USA. Deretan rumah kedai yang berwarna-warni dan watak-watak
::: kartun dari filem-filem animasi popular terbitan Universal Studios memang cantik dan mempesonakan. Aku
::: sempat jugalah ambil snapshot Woody Woodpecker dan Kungfu Panda. Ada lagi watak-watak lain tapi
::: diorang keluar sekejap jer, mungkin faktor cuaca di Asia Tenggara nih boleh tahan panas [huhu] orang
::: pakai costume tuh lagilah panas.. Ada sekali tuh aku ternampak Frankenstein lalu, tapi tak dapat nak ambil
::: gambar.. Semua kedai, gerai dan barang cenderahati di sini bertemakan Hollywood seperti replika kecil
::: Oscar, reel film dan lain-lain. Bagi orang perempuan, mesti suka watak Betty Boop, kedainya ada di sini.
::: Sebagai tempat permulaan dan pengakhiran, zon Hollywood nih, memang tempat kita akan menghabiskan
::: masa dengan mengambil gambar sahaja [huhuhu]..

Universal Studios - Madagascar
Universal Studios - Far Far Away

::: Diilhamkan dari filem Madagascar oleh DreamWorks, taman tema ini pun berwarna-warni seperti di
::: Hollywood, tapi sayang, belum beroperasi sepenuhnya. Dijangka akan beroperasi penuh pada hujung
::: tahun 2010. Ketika aku di sana, cuma ada satu jer permainan merry-go-round dibuka. Orang dewasa pun
::: boleh tunggang [hehe] antaranya watak-watak kartun seperti Alex [singa], Gloria [badak air], Marty [kuda
::: belang] dan Melman [zirafah]. Di sini ada sebuah pokok besar dan ada kapal terbang di atasnya.. Tak jauh
::: dari situ ada pula sebuah kapal besar gedabak [huhu] sama macam dalam filem.. Di Far Far Away pula,
::: mercu utamanya ialah istana Far Far Away tempat tinggal asal Princess Fiona dalam filem Shrek. Dalam
::: istana ini ada panggung wayang Shrek 4-D bermaksud selain gambarnya 3-D, pengunjung juga akan rasa
::: kesan khas dalam filem tersebut seperti kerusi akan bergerak-gerak bila Shrek naik kuda, air semburan
::: ketika Donkey bersin [hehehe], deruan angin, labah-labah merayap di betis kaki [huhu] memang best dan
::: kelakar! Di luar istana ada Enchanted Airways coaster ride berbentuk Dragon isteri Donkey. Scary!!!

Universal Studios - The Lost World
Universal Studios - Ancient Egypt

::: Di The Lost World, semuanya bertemakan daripada filem Jurassic Park. Kagum tengok design pintu
::: Jurassic Park yang besar tuh, sama macam dalam filem.. Aku check jugalah pintu tuh, boleh tutup atau
::: tak [hehehe] memang tak boleh tutup sebab diperbuat daripada batu konkrit. Yang menarik di sini ialah
::: Canopy Flyer coaster ride untuk 4 orang sahaja.. beratur punyalah panjang rasanya hampir 1 jam lamanya
::: naik coaster tuh tak sampai 3 minit kot [huhuhu].. tapi dah alang-alang sampai di Universal Studios, sabar
::: jerlah.. rugi kalau tak naik. Di sini juga ada Rapids Adventure macam di Sunway Lagoon tuh dengan
::: menaiki bot di air yang deras.. tapi once again ketika aku di sana, tutup pula! Sebab masalah teknikal.
::: Perasan tak aku posing semuanya dengan pose tengah nyonyot botol air kepala dinosaur tuh? [hehehe]..
::: Kalau nak beli, dapatkan di gerai menjual makanan di zon The Lost World. Harganya S$16 kot.. ada air
::: lemon tea dan coke. Di Ancient Egypt pula, filem The Mummy dijadikan sumber inspirasi taman tema ini.
::: Tempat nih cantik tul, macam di Sunway Pyramid pula! Selain replika patung, ada juga pekerja memakai
::: costume ala Firaun untuk kita bergambar. Dalam bangunan seperti temple tuh, ada Revenge of the Mummy
::: coaster ride.. perrghh memang scary! Sebab coaster dia dalam terowong gelap.. memang tak nampak apa
::: di hadapan.. dah laa aku duduk depan sekali [hehe].. menakutkan!!! Habis naik coaster, bolehlah kita lihat
::: gambar kita terpampang di luar bangunan [hehehe] pun menakutkan bila tengok muka masing-masing!
::: Entah bila laa diorang ambil gambar.. Kalau nak beli, sekeping gambar S$18. Hmmm.. pokai..

Universal Studios - Water World 1
Universal Studios - Water World 2

::: Mula-mula tak perasan Water World nih disebabkan banyak taman tema belum beroperasi sepenuhnya.
::: Terjumpa apabila kami mencari-cari lokasi Rapid Adventure, konon-kononnya untuk basahkan diri
::: sebelum balik [hehe].. Akhirnya jumpa Water World, nasib baik jumpa sebab di sini terdapat live show
::: diadaptasikan daripada filem Water World lakonan Kevin Costner. Ada jadual masa untuk live show,
::: mungkin untuk persediaan show mereka, memerlukan masa lebih untuk disiapkan. Pun juga kena beratur
::: panjang, tapi nasib baik menyebelahi kami, show bermula tidak lama selepas kami beratur. Pemandangan
::: di set Water World nih memang mengkagumkan! Again, sama macam dalam filem juga. Kami duduk di
::: bangku bertanda hijau yang tertulis "Wet Zone".. sesiapa duduk di bangku biru "Soak Zone" confirm akan
::: basah dengan air [huhu] sama ada daripada bot yang beraksi atau daripada pelakonnya yang sengaja
::: simbahkan air ke penonton sebelum show bermula.. Apabila show bermula memang banyak adengan
::: tembak menembak, bom mengebom, terbakar sana-sini [huhu] dan basah sana-sini.. Best part, adengan
::: letupan dan kapal terbang keluar dari set Water World tersebut.. awesome!!!

Universal Studios - Sci-Fi City
Universal Studios - New York

::: Di Sci-Fi City pun tak ada apa-apa yang menarik sebab banyak yang belum beroperasi, tapi masih ada
::: yang menarik untuk dilihat seperti landasan roller coaster yang panjang berselerat itu. Haii kalau dapat naik
::: nih mesti best.. Oleh sebab itu, aku naik laa Accelerator yang macam cawan besar berpusing-pusing tuh
::: [hehehe] cuma bentuknya nampak futuristik sikit.. Dengar khabar di zon ini terdapat 3 roller coaster yang
::: bertemakan sci-fi seperti Battlestar Galactica: Human, Battlestar Galactica: Cyclone dan Transformers: The
::: Ride, bunyi memang mengancam, tapi akan dibuka pada tahun 2011. Akhirnya aku dan rakan-rakan tiba
::: di zon terakhir di Universal Studios Singapore nih iaitu New York. Seperti juga di zon Hollywood, zon ini
::: mempunyai deretan rumah kedai yang berwarna-warni.. Dalam banyak-banyak kedai ini, ada terselit
::: sebuah studio daripada Steven Spielberg yang memaparkan teknik kesan khas dalam pembikinan filem
::: beliau. Sekali lagi aku kagum dengan setnya yang kecil tapi penuh dengan aksi. Di sini, pengunjung perlu
::: berdiri sepanjang show, melihat ribut taufan, laut bergelora, gempa bumi, letupan dan kapal laut besar lalu
::: di depan-depan mata [huhu] memang best.. aahhh semualah best! [hehehe]..

::: Bagi pengunjung muslim, di Universal Studios tidak ada surau untuk solat. Jadi solatlah di mana-mana
::: yang sesuai.. aku cadangkan di Romeo Drive terletak di zon Far Far Away, antara Fairy Godmother's
::: Potion Shop dan Goldilocks [rujuk peta] kerana di hujung kawasan itu agak sunyi sikit dan berdekatan
::: dengan tandas. Bawalah kompas untuk kiblat dan sejadah kecil. Walau bagaimanapun terdapat sebuah
::: bilik kecil di sebelah Lost & Found (di Guest Service) dijadikan tempat bersolat [lelaki + perempuan]
::: atau tanya sahaja pekerja di sana, di mana tempat Lost & Found tersebut. Kalau di Warner Borthers
::: Movie World Australia ada pula surau! [huhu]. Untuk makanan di sana, melalui pemerhatian aku, gerai
::: dan restorannya mempunyai menu daging 'pork'. Semestinya minyak atau tempat memasaknya digunakan
::: untuk semua jenis makanan. Jadi faham-faham jer laa.. Tapi menurut laman web mereka, ada tempat
::: yang menawarkan makanan halal, aku tak berapa pasti. Popcorn dan air ajer ler yang boleh kita beli.
::: Nak bawa bekal, simpanlah di dalam beg. Tapi pekerja Universal Studios boleh menghalang pengunjung
::: yang membawa bekalan makanan jika mereka menjumpainya kerana itu adalah peraturan mereka. Jadi
::: bawalah bekal yang simple-simple ajer.. Aku pula berlenggang kangkung ke Singapura, breakfast jer di
::: JB, balik ke Malaysia terus tapau KFC!!! [hehe] lapo gilerr.. terhuyung-hayang aku..

~  for more info, click at words in red.. enjoy!

17 comments:

  1. wah, sangat best tmpt2 kt atas!
    leh dpt ilham doodles sy ;)
    tibe2 terpokus kt gmbar "hehe" :D

    lg 1 sy suke bukak lame2 blog reactive ni
    bab lagu2nye best2..

    Goodluck reactive::zul ^_^

    ReplyDelete
  2. wah2
    kembali ke zaman kanak2 ek bila ke sana!
    enjoyyyy

    ReplyDelete
  3. syioooookkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

    saya nak kena tunggu dpt bonus extra baru leh pegi studio nih, almaklum... nak bawak ramai org... hahaha...

    lama menyepi yer... mudah-mudahan sihat sentiasa :)

    ReplyDelete
  4. sungguh menarik & mempersonakan.. insyaallah akan ke sana nanti.
    have a lovely day!
    (^_~)

    ReplyDelete
  5. Wah bro Sue pun teringin sangat nak pi sini
    tapi tak sampai2 lagi hu!hu!....Lama betul tak masuk sini coz Sue bz sikit lately nie coz terlibat ngan BANCI Penduduk yang dijalankan oleh Jabatan Sue dari 6 July - 22 ogos ini. bro
    dah kena BANCI ke?....Kalau belum jangan lupa bagi respond pada Pembanci yang datang nanti kay....

    ReplyDelete
  6. tak sampai pun lagi ke situ. nampak best je!:) eh, awek ke tu?

    ReplyDelete
  7. Fikiran berserabut... gi Universal Studio... dah baguih tu... It looks fun, I went to Universtal Studio, USA a long time ago. Now, family dah besar, Singapore Universal Studio will be a better option. Next year, perhaps. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. menarik! nak pegi jugak nanti nih. just like Movie World kat Gold Coast Australia. Tapi kat sana ada surau yg sgt selesa, di singapore pulak tak ada ya.

    ReplyDelete
  9. bestnya!
    srang tgh terpikir2 mana nak perabih duit utk bercuti end of year nih.sini mcm menarik!

    ReplyDelete
  10. menarik plak bila baca entry kali ni ... ni tgh planning nak pergi dgn member2 ... best btol baca entry ni dengan tgk gambar2 tu ;)

    ReplyDelete
  11. thanks visit blog saya.. still baru n in learning process.. akhirnya terjumpa reactivezul kat sini.. dulu2 ikut kat fotopages je..
    anyway.. thanks for the advise.. care to visit again n comment/give tips..

    salam ramadan

    ReplyDelete
  12. salam..wahh...g Universal Studio..sy nk g sane dulu xdpt..just dpt g smpai pintu masuk je..sbb byk xsiap lg..nmpk mcm best je..ni yg rse nk kmpul duit utk g sane lg ni..hehe..

    ReplyDelete
  13. ::: thank u Tyrex.. yes i like korean's & bonamana! :p

    ReplyDelete
  14. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔵Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60...

    Juga ada promosi; 🔥Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!