::: Salam buat semua, as usual hujung2 tahun nih mmg aku agak busy skit dgn tugas2 di opis & ::: mesyuarat.. Jadi tergendala plak perjalanan blog aku utk tatapan semua [huhu] minta maaf ::: byk2 juga kpd mereka yg bertanya ttg perkembangan terbaru blog ini. Terima kasih semua.. ::: Begitu juga kpd kawan2 yg baru yg diperolehi.. Entry kali nih adalah sorotan drpd cuti beraya ::: aidilfitri aku [hehe] tapi di kampung Melaka. Seronok gak balik kampung nih sebab kat sana ::: kehidupannya lebih santai & tenang berbanding di bandar. Mungkin suasana 'raya' & 'cuti' tuh ::: yg membuatkan hari-hari di kampung lebih menyeronokkan [huhuhu] sampai syok plak ::: bereksperimen dgn shutter.. aku beraya di kampung 3 hari ajer, then balik ke KL utk beraya ::: lagi [hehe]. Nothing much boleh aku ceritakan ttg raya di kampung.. Masih moody lagi ler.. ::: Cuma byk perubahan setiap kali aku balik & setiap kali itu jugalah aku bereksplorasi dengan ::: kamera.. Di samping ketenangan & seronok, setiap detik beraya bersama keluarga sama ada ::: di Melaka mahupun di KL, sangatlah berharga buat aku yg bekerja jauh di perantauan..
::: Terlebih dahulu aku minta maaf sbb tajuk post aku kali nih mcm terkeluar dari tema yg nak ::: aku paparkan di blog.. gambar pon takde, hanya illustrasi yg dibuat oleh aku bagi menunjuk ::: kan apa yg aku nampak pada malam semalam.. mungkin kerana benda nih mcm kes nampak ::: hantu, zaman moden nih ramai yg kurang mempercayainya lagi.. [huhuhu] orang boleh gelak ::: & buat lawak bila kita bercerita kisah2 seperti ini. Aku pon, kalo aku dengar [hehe] cuma ::: peristiwa malam semalam membuatkan aku tertanya2, balik rumah aku bukak internet cari ::: maklumat & mmg apa yg diberitahu & ditunjukkan dlm youtube, sama seperti aku nampak.. ::: Kisah ini berlaku pada 2 Oktober 2009, jam 8.50 pm semasa aku dalam kereta nak ke ::: Jusco Tebrau, JB melalui Pasir Gudang Highway berdekatan dgn Giant Plentong aku nampak ::: 3objek bulat bujur besar bercahaya, warna oren di udara sebaris. Kemudian bergerak ::: perlahan menjadi bentuk 3 segi setiap satu di setiap bucu. Tetiba muncul lagi 2 objek sama ::: dari jauh mendekati. Semua ini disaksikan oleh aku & parents aku yg datang bercuti di rumah ::: aku di sini.. Aku try rakam guna camera h/p tapi tak berjaya.. lagipun aku macam 50-50 dgn ::: apa yang aku lihat walaupun dlm hati & mata masih mempercayai bahawa objek tersebut ::: UFO [hehe] Aku telefon sahabat aku, dia pun ada penah nampak 2 objek yg sama di area ::: Sri Alam, JB pada waktu malam tak lama dulu.. beliau mengatakan juga objek ini muncul bila ::: berlaku fenomena alam contohnya mcm gempa bumi yg kebetulan berlaku di Indonesia..
UFO Loughborough August 2009: sama yg aku nampak tapi aku nampak lebih besar & dekat.
::: Berita tv tak kecoh pasal nih, ntahlah maybe taknak orang ramai panik & buat keje2 tak ::: berfaedah [takde keje laa tuh huhu] tapi peristiwa di UFO di JB nih dah pon berlaku semasa ::: penampakannya di area Larkin, tak jauh dari area Plentong tempat aku nampak.. Mulai hari ::: ni aku dah prepare utk rakam dgn videocam.. kot2 ada kat area rumah aku ker? [hehehe] ::: Maybe flying chinese lantern, tapi pelik UFO yg aku lihat bergerak sgt selari & boleh buat ::: formasi. Bagi yg tinggal di Johor pandang2laa ke langit waktu malam di sekitar Larkin & ::: Plentong.. Jangan biarkan diri anda diselebungi misteri [hehehe].. Apa2pon sempat gak aku ::: tengok wayang citer "Where Got Ghost?" bersama parents aku semalam [huhuhu].. ::: Terkini [5/10/2009] akhirnya dpt gak citer drpd officemate aku yg kebetulan berada di ::: kampungnya di Kulai yg menyaksikan kejadian yg hampir serupa pada malam 2/10/2009. ::: Aku rasakan ini merupakan rentetan sebelum kejadian di Plentong. Beliau memberitahu ::: bahawa sekitar slps waktu maghrib, beliau & adiknya telah melihat objek berbentuk kotak ::: 4 segi berwarna hitam terapung di udara dan mengeluarkan objek bulat bujur berwarna ::: oren terang di bawahnya. Objek hitam itu bergerak menurun ke bawah secara perlahan ::: sehingga tidak kelihatan lagi. Menurut beliau, beberapa penduduk sekitar rumahnya juga ::: menyaksikan kejadian tersebut sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.. scary gak bila ::: dengar citer kawan ni.. pelik ler.. ::: read more about this black square object in the UFO Sighting Report [USA 2006] click here ::: reports in the National UFO Reporting Center for Craft Shape RECTANGLEclick here
::: Terkini lagi [7/10/2009] jam 7.50pm, sahabat aku telah melihat sebuah UFO oren ::: terbang melintas ruang udara di area Pasir Gudang iaitu antara dari Tmn Cahaya Masai, ::: Politeknik JB, Tmn Scientex dan hilang di Sri Alam apabila sebuah helikopter dipercayai ::: mengejarnya atau mungkin hilang kerana ada helikopter di situ atau mungkin juga kapal ::: terbang komersil yg biasa melalui kawasan ini. Tapi aku nampak spt heli berdasarkan lampu ::: kelip di badan & ekornya.. Aku terus bergegas driving ke tempat kejadian dgn videocam tapi ::: sayangnya tak dapat apa2.. Aku hanya nampak heli berlegar2 selama 30 minit lamanya.. ~ Wallahualam.. Allahuakbar..
::: For those who can't read malay language, please use the translator at the sidebar or you can ask me here. ::: Thank you. More info, open the youtube website and type: orange UFO at the searchbox.
::: 1 Syawal 1430 Hijrah, hari yg ditunggu2 muncul jua, Selamat Hari Raya buat semua rakan2 ::: bloggers semoga bergembira di hari raya tahun ini.. Alhamdulillah aku dah pun sampai di KL ::: menyambut lebaran dgn famili & sanak saudara.. cuma tahun nih aku rasa taklah semeriah ::: tahun2 yg lalu: cousins aku byk dah kahwin [hehehe?] masing2 beraya rumah mertua; ada ::: jugak yg baru dpt baby, jadi mereka tak boleh jalan beraya jauh2; ramai anak2 buah dahpun ::: besar, masing2 beraya di rumah kawan2; malam raya pula takbir rumah ke rumah, byk yg ::: tak buat open house; duit claim pi Langkawi hari tuh pun masih belum dpt2 lagi; bonus pun ::: takder! [ekekeke] tuh yg recycle baju melayu tuh [hehe].. Yg seronoknyer ialah dpt jumpa ::: ibubapa, adik-beradik, anak2 buah yg comel & cousins yg keje dlm bidang yg sama.. mcm2 ::: story kitaorg borak walaupun sekejap ajer berjumpa [sbb nak pi beraya rumah lain pulak].. ::: Ada gak shopping complex baru dibuka di area rumah aku, seronok plak shopping [haha].. ::: Insya-Allah, raya ke-3 nanti aku balik kampung di Melaka pula.. enjoy raya guys!!! ~ Selamat Hari Raya Aidilfitrimaaf zahir batin
::: Salam Aidilfitri buat semua, 2 hari lagi dah nak raya, opis pon makin hari makin kurang org. ::: [hehehe] Kalo ada yg tinggalpon, sorang dua sambil pasang lagu raya di komputer yg sayup2 ::: aje volumenyer [huhu].. kejap lagi pukul 5pm mulalah semua bersalam-salaman wishing ::: semua selamat hari raya & bermaaf-maafan zahir batin.. Last day of working, maybe most ::: of us akan pulang ke kampung halaman malam nih jugak utk bersama2 berpuasa & berbuka ::: dgn ibubapa & adik-beradik yg lain.. samalah jugak dgn aku nih [hehehe] tapi aku balik lewat ::: sikit ler memandangkan tragedi buah epal tahun2 lepas, selalu ajer terperangkap dlm 'jam' - ::: kesesakan di highway PLUS dari JB hinggalah ke Yong Peng.. tuh belom lagi di Melaka, ::: Seremban & kat tol Sg. Besi.. aduuhh bosannyer! [huhu] neway aku balik malam nih jugak.
::: Sebab kampung aku ialah KL, agak susah org lain nak wish aku selamat balik kampung.. ::: Saya asal, lahir & dibesarkan di KL, ibubapa asal Melaka, berhijrah, menetap, bekerja & ::: berkeluarga di KL, jadi dulu2 bila time raya, aku anggap Melaka tuh kampung laa, sbb nak ::: jumpa atuk nenek.. sekarang nih aku keje di JB, bila time raya, maka KL tuh laa kampung ::: aku, sbb aku nak jumpa ibubapa aku yg tercinta.. ~ Selamat Balik Bandar everybody!!! [hehehe]drive carefully..
::: Alhamdulillah hari nih genaplah 17 hari kita semua berpuasa dlm bulan Ramadan yg mulia.. ::: Pada hari nih jugalah surah al-Quran pertama diturunkan kpd Rasulullah Muhammad saw yg ::: dikasihi.. Nuzul bererti 'turun/pindah dari atas ke bawah' yg merujuk peristiwa Rasulullah ::: saw memperolehi 5 ayat pertama drpd surah al-'Alaq. Lailatul Qadar pula adalah 1 malam ::: dlm bulan Ramadan yg mempunyai byk fadhilat yg biasanya antara 10 mlm akhir Ramadan ::: & amalan pada malam itu adalah lebih baik drpd 1000 bulan [83 tahun].
::: Kesimpulannya marilah kita sama2 menghayati Nuzul al-Quran ini sbg suatu peristiwa ::: besar yg penuh makna & hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sbg kitab induk - ::: panduan segala ilmu pengetahun utk memajukan manusia seluruhnya. Tingkatkanlah amal ::: ibadah pada malam akhir ini mengejar anugerah Allah swt yg tak terhingga.. Insya-Allah..
::: Agak busy sikit pada minggu ini, tak sempat nak shoot gambar yg menarik.. sekadar gambar ::: slow shutter di bilik pakaian [hehe] dgn lilin, baru kejap tadi ambil.. biasanya pd malam mcm ::: nih, kat kampung mesti pasang pelita keliling rumah.. Paling cantik aku penah tengok kat Alor ::: Gajah, Melaka.. tapi zaman moden nih, ditukar kpd lampu neon berkelip2, asalkan rumah kita ::: terang bederang sesuai dgn keistimewaan pada malam terakhir tersebut.. Aku penah pasang ::: pelita tahun lepas spt di entry sebelum ini [klik sini]. Shot di atas: shutter 10", aperture f/5.6 ~ salam Nuzul Quran semuasalam Malam 7 Likur..
::: Alhamdulillah dah masuk 11 hari kita berpuasa & barulah hari ini aku nak uploadkan entry ::: pulau Langkawi, Kedah.. Aku ke sana kerana kursus berkaitan dgn multimedia editing pada ::: [10-14/8/2009] tapi kami hanya belajar perkara2 asas sahaja memandangkan tak semua ::: peserta berlatarkan bidang yg sama.. Bagi aku kursus ni mmg menyeronokkan [hehe] yelah ::: bolehlah sikit2 tunjuk skil yg ada, walaubagaimanapun ada jugak perkara2 baru yg aku ::: pelajari dlm penggunaan adobe illustrator.
::: Aku rasa semua dah tahu sejarah Langkawi, begitu juga dgn namanyer yg berasal dari ::: perkataan 'burung helang' & 'kawi' merujuk kpd merah coklat. Ringkasnyer burung helang ::: berwarna merah coklat yg byk terdapat di pulau tersebut.. awesomee bird, very2 big! aku ::: berpeluang melihat burung ini terbang di Dataran Lang, sorry tak sempat nak rakam.. Oleh ::: kerana terlalu sibuk dgn jadual, aku tak berkesempatan utk melawat GeoparkSg. Kilim yg ::: ada burung helang terbang mengambil makanan yg dicampakkan di sungai.. walaupun agak ::: kontroversi di kalangan pencinta alam, Kilim masih salah satu destinasi yg perlu dilawati ::: oleh pelancong apabila ke Langkawi.
::: Selain itu, Langkawi Cable Car di Gunung Mat Chincang pun antara destinasi yg tak boleh ::: dilepaskan.. aku dapat jugak naik cable car kat sana walaupun tiba di kaunter tiket 5 minit ::: sebelum ditutup pada pukul 6 petang [hehehe] terima kasih kpd pemandu teksi kami! Di ::: puncak, the view was spectacular! mmg cantik sungguh.. sempat gaklah aku berlakon sikit ::: utk video assignment.. tuh yg posing angkat tangan mcm ultraman tuh [huhu].. enjoy!!!